KRONOLOGI SURAT MAKLUMAN UNTUK TIDAK LAYAK TINGGAL DI ASRAMA


4 November 2013- Telah diadakan perjumpaan bersama pelajar baru untuk mengisi borang keahlian PMRAM dan BKPPPM. Saudara Muhamad Rusydan Bin Muhamad Yusup telah mempersoal berkaitan pengakuan dibelakang borang PMRAM. Beliau menyatakan keterlibatannya dalam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan beliau juga memaklumkan bahawa akan tinggal sementara sahaja di Asrama Pulau Pinang memandangkan rakan dari ISMA Mesir yang ingin mengambilnya masih berada di Malaysia.

Dalam tempoh ini, pihak BKPPPM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan beberapa program di peringkat Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB).

20 November 2013- Diadakan sesi temuduga keahlian bagi pelajar baru. Pihak BKPPPM memberi tempoh selama 3 hari untuk membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya sama ada memilih Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir atau ISMA Mesir.

23 November 2013- Saudara Muhamad Rusydan Bin Muhamad Yusup memilih untuk bersama ISMA Mesir dan ingin terus berada di Asrama Pulau Pinang tetapi perkara tersebut tidak menepati pilihan yang telah diberikan kepada beliau. Setelah berlaku perbincangan beliau bersetuju untuk keluar dan meminta pihak BKPPPM mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab untuk diberikan kepada waris di Malaysia.

25 November 2013- Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan kepada saudara Muhamad Rusydan Bin Muhamad Yusup dan diserahkan kepada beliau pada keesokan harinya 26 November 2013.

28 November 2013- Pihak BKPPPM mendapati bahawa terdapat kesilapan tarikh di dalam surat yang telah diserahkan kepada beliau dan ingin meminta dikembalikan surat tersebut untuk diperbetulkan. Namun beliau tidak berada di Asrama Pulau Pinang sehingga lewat malam kerana berada bersama rakan-rakan ISMA di Hayyu Thamin.

29 November 2013- Satu pertemuan diadakan antara saudara Muhamad Rusydan Bin Muhamad Yusup bersama Yang Dipertua untuk meminta kembali surat tersebut. Malangnya surat itu tidak berada di tangan beliau bahkan berada pada rakannya. Pihak BKPPPM meminta penjelasan berkaitan surat yang berada pada tangan rakannya itu. Untuk pengetahuan, surat yang dipohon tidak sampai kepada warisnya di Malaysia seperti yang dimaklumkan. Dalam pertemuan itu juga pihak BKPPPM telah meminta agar beliau menjelaskan keadaan sebenar berkaitan surat tersebut kepada pihak ISMA Mesir.

30 November2013- Saudara Muhamad Rusydan Bin Muhamad Yusup telah bertemu Yang Dipertua dan beliau memaklumkan bahawa beliau tidak akan keluar dari Asrama Pulau Pinang. Beliau juga meminta agar dikeluarkan surat penarikan semula dan memohon maaf secara terbuka. Beliau juga memaklumkan bahawa isu ini akan keluar di Laman web ISMA Mesir jika permohonannya tidak ditunaikan.

Comments

Nusaibah blog said…
Adik-adik di rumah negeri, rasa nak gelak tengok gelagat antum di Mesir. Ubahlah cara fikir dan tindakan atau rebah. Dr Nujaimin Ex Mesir 1993.

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL