KEMBARA MENELUSURI SEJARAH ANBIYA` & AULIYA` DI KOTA ISKANDARIAH



Firman Allah S.W.T:

( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق )

Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fussilat,ayat 53)

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dibawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan jaulah Iskandariah khusus untuk Mahasiswa/wi baru dan terbuka kepada ahli BKPPPM yang lain.

Jaulah ke Iskandariah telah diadakan pada 18 Oktober bagi Ikhwah dan 25 oktober bagi akhawat, seramai 19 orang peserta ikhwah dan 21 peserta akhawat dan diiringi oleh beberapa orang musyrif. Jaulah dimulakan seawal 6.30 pagi bertolak ke Iskandariah dan dibawa oleh musyrif ke destinasi yang masyhur iaitu Mumtazah, Qal'ah dan seterusnya menziarahi maqam para Ulama' dan Auliya' yang terdapat di sekitar Iskandariah diantaranya maqam Nabi Daniel, Luqmanul Hakim,Imam Busairi dan lain-lain lagi. Semua peserta melahirkan rasa gembira dengan jaulah yang dikunjungi. Sebelum para peserta dibawa melawati tempat –tempat yang menarik, terlebih dahulu musyrif memberi taklimat dan menceritakan tentang sejarah umum Iskandariah. Antara tempat menarik yang dilawati pada hari tersebut adalah MONTAZAH , tempat terletaknya Istana Raja Farouk yang merupakan pemerintahan sistem beraja yang terakhir sebelum digulingkan oleh Jamal Abdul Naser. Usai makan tengahari , para peserta dibawa ke Qal’ah QAIT’ AL-BAY yang menjadi saksi kepada berlakunya pertumpahan darah di bumi Iskandariah.Terakhir , para peserta dibawa melawati maqam para ulama dan solehin yang berada di bumi barakah ini ,antaranya maqam imam busairi , maqam 12 wali dan sebagainya.

Ucapan jutaan terima kasih daripada Naib Pengerusi Hewi BKPPPM saudari Sarinah Bt Abdullah buat semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti jaulah Iskandariah yang telah direncanakan ini. Beliau mendoakan supaya kesan jaulah di sekitar Iskandariah dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama mahasiswa/wi baru dan akan terus kuat bagi meneruskan perjuangan Islam.

Akhir kata , kami sebagai pihak penganjur berharap agar para perserta bukan sahaja dapat menikmati pemandangan yang indah di bumi iskandariah, bahkan mengambil pelajaran dan semangat baru bagi menempuhi permulaan musim pengajian di Al-Azhar. Semoga ALLAH merahmati perjalanan yang telah kita lalui.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

“Keunggulan Syakhsiah Tunjang Wahdah”



Disediakan oleh : Unit Sambutan & Rehlah BKPPPM sesi 2014/15











































;

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL