ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH



KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR

14 JULAI 2015


ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH


Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut :

1. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) menafikan berlaku penipuan sebagaimana yang dilaporkan sepanjang pengurusan BKAN kepada pelajar-pelajar baru ke Mesir setiap tahun. Pengurusan yang dilaksanakan di peringkat BKAN berjalan dengan telus dan dipantau dari semasa ke semasa oleh Yang Dipertua BKAN.­­

2. BKAN memohon pihak kedutaan agar memberikan penjelasan jelas dan terperinci berkaitan dakwaan yang berlaku. Justeru kenyataan umum yang dikeluarkan itu telah menimbulkan pelbagai persepsi yang kurang baik kepada BKAN dan telah mewujudkan suasana yang tidak selesa dalam kalangan ahli BKAN terutama di laman-laman sosial.

3. BKAN bersetuju akan menyusun satu pertemuan khas dengan pihak Duta Besar Malaysia ke Kaherah dan Palestin untuk menuntut penjelasan lanjut berkaitan perkara tersebut.

4. BKAN menasihatkan seluruh ahli agar bertenang dan tidak menimbulkan sebarang provokasi di laman-laman sosial dan tidak mengambil tindakan melulu. 




ANAS BIN MOHD BHUKHARI (YANG DIPERTUA BKASM)
MOHAMMAD BIN MOHAMAD ZIN (YANG DIPERTUA KPKM)
SYAHID SYAMIL BIN RAMLI (YANG DIPERTUA BKMIP)
USAMAH BIN ARIS (YANG DIPERTUA BKPJM)
AHMAD RABBANI BIN ISMAIL (YANG DIPERTUA BKKIMM)
AHMAD WALIYUDDIN BIN JOHARI (YANG DIPERTUA KPT)
MOHD JASRY RAIMY BIN JOHARI (YANG DIPERTUA BKPPPM)
MUHAMMAD ‘ASRI BIN MOHD SALIM (YANG DIPERTUA KPIPM)
MUHAMMAD YASIN BIN AWANG (YANG DIPERTUA BKAWM)
AHMAD MAHIR BIN C. NASRUDDIN (YANG DIPERTUA KPP)
MOHD SHAFIQ BIN MOHD NASER (YANG DIPERTUA MKKK)

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL