Road to Alexandria



LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH USMB 2015 



Firman Allah SWT : katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulakan penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.”

(Surah Al-Ankabut ayat 20)

19 Disember 2015, Sabtu - Unit Sambutan dan Rehlah Badan kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2015/2016 telah menganjurkan Road to Alexandria khusus kepada mahasiswi USMB 2015 dan terbuka kepada semua ahli. Seramai 16 orang mahasiswi yang telah menyertai jaulah pada kali ini dan diiringi 2 orang musyrif. Jaulah ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada mahasiswi baru menghayati sejarah Islam di Iskandariah serta mentadabbur alam.

Perjalanan bermula pada jam 7 pagi dari Kaherah dan tiba di Kota Iskandariah jam 9.30 pagi. Destinasi pertama ialah Montazah. Sebuah taman indah begitu terkenal dikalangan warga mesir, pelajar-pelajar Malaysia dan pelancong dunia lain. Terpegun sebentar melihat keindahan taman yang dihiasi pelbagai jenis bunga. Selain keindahan flora dan faunanya, di Montazah ini juga terdapat Istana Raja Farouk, Rumah Api dan panorama keindahan pantai. Angin mendayu-dayu bertiup sepoi bahasa amatlah sukar untuk digambarkan melalui tinta melainkan berwasilahkan pancaindera yang dikurniakan Allah SWT.

Selepas itu, para peserta dibawa ke Kota Qait Al-Bay yang menjadi saksi pertumpahan darah di bumi Iskandariah. Kubu tersebut telah dibina pada tahun 1480 yang bertujuan untuk mempertahankan kota tersebut daripada serangan luar.

Usai solat Zohor dan makan tengahari di Masjid Imam Abu Abbas, perjalanan diteruskan dengan menziarahi Makam Ulama besar tarikat Asy-Syazili dan makam sekitarnya. Antara makam yang telah diziarahi ialah Imam Bushairi penulis burdah yang terkenal, Imam Yaqut Al-Arsy dan makam 14 wali termasuk cicit Rasulullah SAW.

Memandangkan masa agak terbatas, beberapa tempat tidak sempat untuk dikunjungi oleh peserta jaulah pada kali ini.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyertai jaulah ini. Semoga dengan jaulah Iskandariah ini dapat menambah thaqafah dan keimanan akan keagungan Allah SWT kepada semua peserta.







“BERSATU DAN BERBAKTI”

“TEGUH WEHDAH, RIBAT UKHWAH”

Disediakan oleh:
Unit Sambutan & Rehlah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2015/16

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL