KENYATAAN YANG DIPERTUA BKPPPM TERHADAP ISU BKPJM


(يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.
(Surah Ali Imran)

Sejarah telah menyaksikan berbagai peristiwa besar di dunia yang tidak lepas dari aktor intelektual di belakangnya. Kaum intelektual yang diwakili mahasiswa sering menjadi penggagas utama dalam setiap perubahan. Kepentingan pertama dan terutama yang diperjuangkan oleh Mahasiswa adalah nilai-nilai yang sifatnya universal seperti keadilan sosial, kebebasan, kemanusiaan, demokrasi dan solidaritas kepada golongan yang tertindas.

Mutakhir kini, isu hak mahasiswa  sudah menjadi semakin serius. Pelbagai penindasan dan kezaliman dibuat hanya untuk menafikan hak mahasiswa. Berikutan isu yang berlaku terhadap Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM), ini membuktikan penindasan terhadap hak mahasiswa telah berlaku kepada pelajar pelajar Johor di Mesir khususnya. Hal ini, amatlah mendukacitakan kerana berikutan rentetan peristiwa yang berlaku pada BKPJM yang diketuai oleh Yang Dipertua Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron iaitu Pejabat Rasmi telah dipecah masuk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan segala barang serta aset BKPJM dibawa keluar dari Pejabat Rasmi BKPJM merupakan satu tindakan yang amat-amat dikesali oleh kita.

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir Mesir (BKPPPM) menyeru seluruh mahasiswa dan ahli BKPPPM khususnya, untuk menyatakan solidariti bersama Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) atas kezaliman yang berlaku ini.

Semoga BKPJM terus sabar dan istiqamah dalam menghadapi dugaan dan rintangan ini . Kami BKPPPM sentiasa berdoa dan bermunajat supaya hak mahasiswa BKPJM diberikan semula.


(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)

[Surat Al-Anfal 45]
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


Muhamad Iman Bin Fadzil
Yang Dipertua BKPPPM sesi 2015/2016

BERSATU BERBAKTI
RIBAT UKHUWAH TEGUH WEHDAH
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"




Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL