Laporan Hari Thaqafah Mahasiswa HAMASAH

 Laporan Hari Thaqafah Mahasiswa (HAMASAH)




5 Mac 2016 - Kaherah- Telah berlangsung dengan jayanya program yang disusun khas oleh gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri iaitu Hari Thaqafah Mahasiswa (HAMASAH) yang diadakan di Asrama Darul Aman. Diantara objektif program tersebut adalah memberi pendidikan kepada semua mahasiswa baru. Selain itu dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama peserta. Program berlangsung selama sehari bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.00 pagi berakhir pada pukul 5.00 petang. Peserta diberikan pengisian menarik tentang konsep amal islami, entiti jahiliyyah dan kenali musuh islam yang telah disampaikan oleh pengisi-pengisi yang tidak asing lagi seperti Dr Muhammad Zaim Bin Syamsuri ,Ustaz Nasrullah Bin Mustafa dan Ustaz Syed Ahmad Ridwan Bin Syed Md Zain.



 Disediakan oleh,
 Unit Penerbitan & Penerangan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 15'16

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL